October
10
Biasanya operasi tolak akan diajar selepas operasi tambah kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat. Walaubagaimanapun seperti yang telah ditunjukkan, proses mendarab adalah lebih rapat dengan operasi tambah, dimana 2 × 2 juga adalah 2 + 2.
Jadi kita lihat terlebih dahulu secara asasnya bagaimana untuk kita memahami operasi tolak ini dengan lebih dekat.
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/rajah=20tolak.jpg)
Hasil tolak jika dicampur semula dengan jumlah yang ditolak akan memberikan jumlah sebelum ditolak. Dari contoh di atas 3 (hasil tolak) + 3 (jumlah ditolak) = 6 jumlah asal. Oleh yang demikian proses ini boleh digunakan untuk menyemak jawapan apabila kita melakukan operasi tolak.
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/contoh=2023.jpg)
OPERASI TOLAK 1
Opearasi tolak boleh dilakukan secara biasa seperti operasi tambah yang dilakukan dari kiri ke kanan. Melalui kaedah ini anggaran jawapan dapat dilakukan di peringkat pertama menolak angka pada rumah terbesar.
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/contoh=2026n27.jpg)
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/tutorial=2011.jpg)
OPERASI TOLAK 2
Semasa melakukan operasi tolak, yang sering mengganggu kita memberikan jawapan yang betul adalah disebabkan peminjaman jumlah pada rumah bersebelahan yang lebih besar nilainya. Sebagai contoh; 2 - 7 tidak boleh dilakukan dan peminjaman 10 dari rumah sebelumnya perlu untuk menjadikannya 12 - 7 = 5.
Melalui kaedah berikutnya ini, kita perhatikan bagaimana kaedah ini dapat membantu mengelakkan kekeliruan ini.
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/contoh=2028n29.jpg)
Nota: Perhatikan rumah terbesar pada nombor yang ingin ditolak, kemudian pecahkan nombor asal kepada nombor genap rumah terbesar tersebut seperti contoh di atas.
![[sponsored by]](http://www.freewebs.com/mahtbrain/Emailed/tutorial=2012.jpg)