twitter
rss


Konsep Matematik

            Kebolehan untuk berfikir secara logik menyelesaikan masalah dan tanggapan untuk melihat perhubungan, melihat pola dan membuat ramalan.
            Matematik juga merupakan satu cara pemikiran mengenai alam pengkajian tentang corak dan hubungkait, alat mencari sebab musabab untuk menyelesaikan masalah dan jaringan konsep yg saling berkaitan.
            Tahukah anda perkataan Matematik berasal dari mana? Matematik berasal dari perkataan Yunani iaitu “mathema” yang bermaksud ” Sains, ilmu dan pembelajaran” dan “mathematikos” bermaksud “suka belajar”. Berdasarkan kepada perkataan jamak Yunani τα μαθηματικά (ta mathēmatiká), yang telah digunakan oleh Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai “semua benda adalah matematik”.

Matematik Dalam Al-Quran
Keajaiban Angka
             
            Menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Quran oleh Allah dibuat “seimbang”,
Contohnya fakta-fakta yang berikut:
Jumlah kata dihitung/dikira dari teks arabnya:
 –Jumlah Kata Yang Berlawanan –
               hidup (al-haya_h): 145
   mati (al-mawt) : 145
   perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
   perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167
            dunia (ad-dun-ya_) : 115
   akhirat (al-a_khirah): 115
– Jumlah Kata Yang Berhubungan
   setan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n): 80
   malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80
      hidayah (al-hida_yah): 79
   rahmat (ar-rahmat) : 79
   keselamatan (as-salaam) : 50
   kebaikan (ath-thayyibaat): 50
LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu,
peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 %
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 %
JUMLAH = 100 peratus

Konsep Matematik Dalam Islam

Bilangan
-konsep Esa
-rakaat sembahyang
Ketepatan
-waktu sembahyang
-waktu berbuka
-timbangan (urusan jual beli)
Keseimbangan
-dosa dan pahala
-syurga dan neraka


Objektif Pembelajaran Matematik Peringkat Awal Kanak-Kanak

Menyebut dan menggunakan angka dan nombor secara teratur.
Mengira objek di sekeliling.
Mengenali nombor 1 hingga 9.
Menggunakan istilah ‘lebih daripada’, ‘lebih besar’, ‘lebih kecil’, ‘kurang daripada’ dll.
Menggunakan istilah tambah dan tolak serta memahami penggunaannya.
Boleh mengaitkan tambahan kpd gabungan 2 kumpulan objek dan tolakan dgn mengambil drp kumpulan tersebut/ mengurangkan bilangan.
Boleh mengenali dan membina pola mudah.
Menggunakan istilah ‘bulatan’, ‘kecil’ untuk menerangkan bentuk dan saiz.
Menjelaskan kedudukan.
Menggunakan kaedah matematik untuk menyelesaikan masalah.

0 comments:

Post a Comment